ntara Botox, Surgery dan Selebriti Kita

Pembedahan plastik pada golongan selebriti sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bukan sahaja artis, malah kita dapat melihat ramai orang biasa-biasa pun turut memuaskan nafsu peribadi untuk melakukan pembedahan plastik. Tidak perlu diberitahu apa hukumnya, rasanya semua pun tahu tapi sejauh mana pula kesedaran di kalangan artis yang sememangnya menjadi perhatian ramai?

Di Malaysia, anda sendiri boleh mengenali artis samada melakukan pembedahan plastik, botox atau sebagainya. Lihat sahaja Anita Sarawak, umur dah separuh abad muka nak macam anak dara. Tapi boleh dimaafkan kerana kedutan dimuka, mungkin akan menutup periuk nasi Anita Sarawak sendiri. Ini Malaysia bukan Hollywood. Di Hollywood, makin tua artis itu, makin laris harganya. Di Malaysia, artis tua selalu hanya dipandang enteng oleh sesetengah orang.

Apa yang peliknya, ada juga artis yang masih cantik, muda dan sihat juga turut melakukan kegiatan ini. Bila ditanya masing-masing mengaku kononnya melakukan suntikkan Vitamin namun pada hakikatnya, Botox yang mereka puja.


* Zahid Rafik sebelum dan selepas

Lihat saja Zahida Rafik. Mempunyai wajah yang cantik dan manis sebelum ini. Sekarang? terus terang dah tak cantik macam dulu. Ketara sangat wajahnya yang dibotox sana sini. Begitu juga dengan Umie Aida, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Zizie Ezette, Mas AF batak Azwan Ali, Nasha Aziz, Kris Dayanti dan ramai lagi.

Yang tua pun tak mahu ketinggalan. Bukan sahaja Anita Sarawak, Rohana Jalil pun mahukan Botox!! Kenapa ada lagi yang tua dan tak sedar diri ye zaman sekarang ni. Orang kata rumah kata pergi, kubur kata mari pun still nak buat perkara yang terlaknat.

Artis Malaysia seharusnya tidak mengikutkan hawa nafsu masing-masing. Jangan OVER macam artis di Hollywood sana. Ada yang melakukan Botox dan mendapat hasil yang cantik dan ada yang gagal sehingga wajah yang cukup sempurna menjadi biawak hidup. Michael Jackson contohnya! Geli wei!

Artis Malaysia tolong jadikan gambar artis-artis luar di bawah mana yang cantik menjadi buruk tu sebagai satu halangan untuk anda melakukan botox dan pembedahan plastik. Ingat! Bukan hanya artis malah anda antara rakyat Malaysia jauhi perbuatan tidak bermoral ini.

* Maaf kualiti gambar tidak berkualiti..

Dunia dah nak kiamat. Tak guna cantik sementara. Luaran aje pun. Orang yang bijak adalah orang yang melihat kecantikkan dari dalam. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Post a Comment

0 Comments