Lisdawati Rasa Rugi Tak Puasa


Sarat mengandung anak keduanya yang sudahpun berusia 7 1/2 bulan, Lisdawati memberitahu dia hanya sempat berpuasa dua hari saja sejak bermulanya Ramadhan. Jelasnya, dia telah disarankan doktor agar banyak makan untuk bayinya.

"Tapi rugi tau bulan puasa tak dapat puasa. Tak terasa nak raya," kata Lis dalam nada kesal.

Berbanding pengalaman mengandung anak pertamanya, anak yang dikandungnya ini sangat aktif. Walaupun doktor meramalkan jantina bayinya itu perempuan, ramai yang mengatakannya lelaki. Buat Lis, tidak kisah apa jantina anaknya asalkan dia sihat.

Sejak disahkan mengandung, Lis banyak berehat di rumah dan menjaga anaknya.

"Tanggungjawab mencari rezeki itu diletakkan sepenuhnya pada Fauzi (Nawawi). Kesian juga pada dia. Bila habis pantang nanti, saya akan mula dengan kerja penggambaran walaupun saya susu badan sepenuhnya. Tapi kerja outstation tu, saya akan tolak."

Dijadualkan bersalin pada bulan depan, sempat lagi Lis beraya tahun ini bersama suami dan anak sulung mereka, Nur Aini Farhana, 15 bulan, di Kuala Lumpur dan Pantai Remis, Perak.

"Persiapan raya sederhana saja, lebihkan pada anak. Untuknya, saya sediakan empat pasang baju sementara saya dan Fauzi, dua pasang seorang."

Post a Comment

0 Comments