Oasis Berpecah, DJ AM Meninggal


Buat peminat Oasis, cerita perbalahan dan perpecahan di antara Liam and Noel Gallagher bukan sesuatu yang baru. Namun kali ini, masalah di antara mereka adik-beradik nampaknya betul-betul serius tanpa sebarang ruang untuk pendamaian. Di laman web Oasis, Noel mengumumkan pengundurannya dari band itu.

"It's with some sadness and great relief to tell you that I quit Oasis tonight. People will write and say what they like, but I simply could not go on working with Liam a day longer. Apologies to all the people who bought tickets for the shows in Paris, Konstanz and Milan."

Menurut laman web Times Online, 'Oasis, pioneers of 1990s Britpop, announce breakup' band tersebut dijadualkan untuk membuat persembahan di festival Rock en Seine, Paris malam tadi tetapi para pengunjung di maklumkan Bloc Party yang Oasis tidak akan hadir.

Kemudian, tersiar di skrin besar mesej bahawa Oasis tidak akan membuat persembahan akibat pergaduhan di dalam band.

Hujung minggu lalu, ura-ura tentang perpecahan Oasis timbul setelah sekian lama apabila Oasis gagal membuat persembahan di Chelmsford sempena V Festival, kerana Liam mendakwa dirinya tidak sihat. Tetapi melalui Twitter-nya, Liam menafikan khabar angin itu.

DJ AM Meninggal Dunia
Laman web CNN, 'Disc jockey DJ AM dies' melaporkan DJ yang berusia 36 tahun itu dijumpai mati di apartmen-nya tengah hari semalam. Punca kematian belum dapat di pastikan lagi. Namun, laporan Associated Press menyatakan perlengkapan dadah ditemui di tempat kejadian.

September lalu, DJ AM atau nama penuhnya, Adam Goldstein bersama bekas pemain drum Blink-182 Travis Barker terselamat dari satu nahas kapal terbang yang mengorbankan empat nyawa.

Post a Comment

0 Comments