Anita Sarawak dan suaminya kene serang???

Anita Sarawak bergambar bersama suami, Mahathir Abdullah, selepas majlis pelancaran single raya ‘Maafkan’ di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott baru-baru ini. – foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Diva pop Malaysia, Anita Sarawak dan suaminya Mahathir Abdullah diserang empat perompak bersenjatakan parang di Taman Melawati pada 6 petang tadi.

Bagaimanapun, Mahathir bertindak mempertahankan diri dan kekecohan yang berlaku menyedarkan jiran-jiran. Perompak-perompak melarikan diri dengan dua motosikal.

Mahathir cedera kerana terkelar di bahagian dadanya. Dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Tun Razak untuk mendapatkan rawatan dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketika insiden tersebut berlaku, menurut sumber polis, pasangan itu sedang dalam perjalanan ke rumah ibu angkat Anita, Datin Umi Kalthum yang merupakan aktres veteran berdekatan dengan Zoo Negara.

Mereka ingin mengambil Umi di rumahnya untuk menghadiri satu majlis.

Sumber: Mstar

Post a Comment

0 Comments