TAHNIAH! Aishah Sudah Berkahwin, Kenal Hanya Untuk Seminggu

aishah nikah

Siapa kata kena bercinta lama-lama baru boleh fikir pasal kahwin? Tengok macam Aishah ni, kenal suami dia seminggu je terus bernikah. Confirm bercinta lepas kahwin.

Nama suami Aishah ialah Faizal Sazali Zulkifli. Seorang duda beranak enam dan kini sedang menunggu keluarnya surat cerai dari mahkamah. Diorang berkenalan selepas Faizal menceraikan isteri lamanya. So jangan buat spekulasi yang Aishah jadi peruntuh rumah tangga orang.

Aishah dan Faizal bernikah di Narathiwat, Thailand. Ini adalah perkahwinan ketiga Aishah.

“Kami mahu cepatkan pernikahan supaya terhindar daripada fitnah kerana kami selalu bersama-sama ke mana-mana. Lebih baik bernikah, jauh dari melakukan maksiat.”

Tahniah diucapkan kepada Aishah dan selamat pengantin baru. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Post a Comment

0 Comments