Abby Abadi Menyampah dengan Memey, Norman Hakim

Gambar-gambar mesra, pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah banyak tersebar di internet mahupun akhbar. Memey tidak menafikan hubungannya dan Norman semakin serius namun belum sampai sehingga tahap untuk berkahwin. Ditanya kepada Memey mengenai bagaimana gambar-gambar itu boleh tersebar, dia beranggapan ada kemungkinan gambar-gambar itu diambil menerusi laman web FaceBook miliknya.


“Bagi saya gambar itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana (pose) yang biasa-biasa sahaja,” kata Memey.

Bagi Memey, mungkin gambar itu tidak mendatangkan apa-apa kesan, namun mana tahu hati orang lain. Ini kerana gambar itu bukan sahaja melibatkan gambar Memey dan Norman, malah turut mengaitkan anak-anak hasil perkahwinan Norman dan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi. Pabila meminta komen Abby, dia bagaimanapun mengaku gambar-gambar itu tidak terlalu mendatangkan kesan kepadanya.
“Saya dah tengok gambar itu sebelum ini. Biarlah dia… suka nak orang bercerita tentang dia. Bagi saya, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, mereka melayan tiga orang anak saya dengan baik. Cuma saya rasa agak ralat kerana gambar-gambar itu seperti sengaja dipublishkan untuk mendapat perhatian,” komen Abby.
Gambar-gambar yang tersebar itu antaranya menunjukkan Mohd Danish Hakim, 6, dan Marisa Dania Hakim, 4, mencium kedua-dua belah pipi Memey.

“Saya berasa kasihan apabila anak-anak yang menjadi ‘bahan’. Tiga orang anak saya itu tidak sepatutnya disuruh melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Sebenarnya memang saya dah penat untuk mengambil tahu hal mereka (Norman dan Memey) kerana saya tak berminat pun, tapi ramai yang menyampaikan cerita kepada saya. Hendak atau tidak, saya kena ambil tahu juga sebab perkara ini melibatkan tiga orang anak saya,” kata Abby lagi.
Namun begitu, dalam riak tenang, ada satu perasaan yang mengguris hati pelakon yang digosipkan bercinta dengan pelakon Zul Ariffin ini.
“Ada beberapa insiden yang membuatkan saya menyampah nak tengok NH (Norman Hakim) kerana dia tak tahu malu dan tak menghormati langsung keluarga saya,” luahan akhirnya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Aku memang sokong Abby pasal hal nie..Memang aku pun x tahu cite sebenar dier..Tapi aku nampak mcm Memey Suhaiza tuh yg salah..........
    huhuhu......sorry yer.......

    ReplyDelete
  2. Aku memang x brp suke ngan Memey Suhaiza tuh sejak mula dia berlakon lg..Ntahlah apa yg aku nk comment utk dier punya masalah peribadi..Tapi seelok-eloknyer jgn lah kacau org ye...
    HUHUHU..Sorry kalau ader salah..
    Assalamualaikum

    ReplyDelete