Rozita Insaf dalam pemilihan pakaian

Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya. Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.


Rozita ketika dihubungi untuk memperjelaskan isu ini berkata, fesyen pakaian yang digayakan pada malam tersebut adalah Bohemian bukan Purdah.
"Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby. Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung), Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini" ujar Rozita
"Saya pilih pakaian ini kerana nampak unik dan sesuai dengan tema pada malam tersebut dan saya tidak sangka pula perkara ini jadi kontroversi, pada malam itu (ASK) tiada pula rakan artis yang menegur tentang pakaian saya itu," ujar Rozita yang sibuk dengan pengambaran drama 26 episod terbitan RTM berjudul Cikgu Kamisah Kerby.
Namun begitu Rozita memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia.
"Ini merupakan satu pengajaran kepada saya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.

Post a Comment

3 Comments

  1. Rozita Che' Wan..Nama ni sebelumnya saya sangat sanjung kerana pemakaiannya yg x keterlaluan..Tapi ASK jadi beegini pula..Cik Rozita, awak tuh ialah ibu..Jadilah contoh kpd anak2..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Cik Rozita..semoga mendapat petunjuk drpd Allah agar dpt insaf drpd segi pemakaian..Jgn lah mengata bahawa pemakaian begitu x seksi..Sebenarnya ialah SEKSA..

    ReplyDelete
  3. Haii..apa nk jadi dgn dunia nie..kalau lah dunia nie penuh dgn artis, mesti dunia nie x tenteram..Jgn lah seksi sangat dan alhamdulillah kerana Cik Rozita dh insaf

    ReplyDelete