Bunga-Ashraf Tidak Berputus Asa Memiliki Anak

Hari,bulan dan tahun berganti, namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata hasil daripada perkahwinan dan kisah konterversi mereka.Jum kita Nget-Ngot "statement" pasangan yang penuh dengan kisah sensasi di Malaysia dan Indonesia ini.

Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) telah melayari bahtera dengan suaminya, pelakon Ashraf Sinclair selama setahun lebih, namun hingga kini mereka belum nampak tanda-tanda untuk memiliki anak. Bukan bererti bintang ‘Cinta Pertama’ itu tidak memiliki impian untuk mempunyai anak tetapi sebolehnya Bunga berkata dia tidak mahu terlalu banyak berfikir kerana takut kecewa.


”Saya takut akan kecewa kalau masih tidak dapat setelah merancang nanti. Yang penting, kami tetap berusaha dan kalau ada rezeki, bila-bila pun kami terima. Kalau belum ada rezeki, tidak mengapa,”
ujar BCL.

Wanita ini juga mengaku sangat menggemari kanak-kanak. Suaminya juga selalu gembira jika melihat kanak-kanak. Walaubagaimanapun, mereka tidak akan berputus asa.

Post a Comment

0 Comments