Lana Nordin jadi Jutawan tahun 2010

Mazlina Hasan Nordin atau lebih dikenali lagi sebagai Lana Nordin kelahiran anak Sarawak ini, mengakui tahun 2009 menjadi tahun dia aktif semula dalam bidang lakonan setelah beberapa tahun lalu yakni sebelum tahun 2009 hanya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bisnes kontraktor kelas A yang dikongsi dengan teman sekerjanya berpangkat Datuk.

"Saya buat projek dengan beberapa agensi kerajaan sejak tahun lalu. Sebenarnya skop kerja saya lebih terarah kepada bidang pemasaran sambil bertemu dengan klien bagi mendapatkan tender untuk syarikat kami. Minat untuk melakukan perniagaan memang sudah lama ada dalam diri. Saya pernah mengambil kursus perniagaan dan bekerja sebagai setiausaha sebelum menyertai syarikat penerbangan AirAsia.
"Selepas itu barulah saya memulakan diri dalam bidang lakonan sekadar suka-suka. Pada waktu yang sama, saya menjalankan perniagaan ini. Selepas berlakon dengan beberapa buah drama dan filem, saya ambil keputusan untuk berehat seketika daripada bidang lakonan selepas tamat drama bersiri, Gol & Gincu. Ia disebabkan saya mahu belajar dan mendalami perniagaan kerana sedar karier sebagai pelakon tidak menjamin masa depan yang cerah. Saya tidak kisah jarang muncul di kaca televisyen dan mengamalkan sikap memilih mana-mana drama yang ingin diceburi.
"Alhamdulillah, tidak lama kemudian bisnes saya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Tahun demi tahun, ia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Saya sendiri teruja apabila melibatkan diri dalam bidang yang sarat dengan cabaran dan dugaan ini. Lantaran itu, saya menyasarkan pada tahun depan untuk bergelar jutawan ditambah dengan projek-projek berskala besar yang diperoleh syarikat." tambah Lana

Post a Comment

0 Comments