Air mata Chef Wan Mengalir ketika menyerahkan anak !!!

Chef Wan akur dengan kenyataan bahawa anak gadisnya Serina Redzuawan kini dimiliki oleh Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.



"Saya sangat sedih untuk melepaskan dia (Serina)... saya teringgat zaman-zaman dahulu susah payah membesarkan dia, kadang-kadang saya terlalu sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dia
.



"Ketika dia mula-mula nak jadi artis dan kisah dia bersama arwah Hani Mohsin, semua itu saya terkenang dan kini dia sudah pun dimiliki Gavin.


"Kini tanggungjawab saya telah diserahkan kepada suaminya Gavin. Saya harap Gavin dapat menjaga Serina dengan baik dan saya masih lagi di belakang mereka sebagai bapa," ujar Chef Wan yang menghadiahkan percutian bulan madu ke Pulau Santorini, Greece.

"Saya sedar tidak semua ibu bapa berpeluang melangsungkan perkahwinan anak mereka, saya sangat bertuah kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan majlis perkahwinan ini," ujar Chef Wan.

"Nasihat saya kepada Serina agar sentiasa menjaga rukun rumahtangga dengan baik dan paling penting hormat kepada suami dan sebagai orang Islam Serina harus menjadi contoh yang baik kepada suami," kata Chef Wan yang bakal melangsungkan perkahwinan Serina di kampung halamannya Sungai Koyan, Pahang pada akhir Januari ini.

Inilah luahan seorang ayah yang melepaskan anak kepada orang lain sesudah sekian lama menjaga anak dari kecil hingga dewasa.Sama-sama kita mendoakan semoga beliau bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan beliau

Post a Comment

0 Comments