"2010 akan menjadi tahun yang cukup sibuk untuk saya dan memang saya tidak akan ada masa untuk memikirkan soal kekasih atau kahwin. Belum terbuka hati untuk mencari pengganti. Nak kata serik untuk bercinta, tidak juga. Tapi dengan macam-macam kontroversi yang pernah berlaku, buatkan saya malas untuk fikir tentang perkara ini. Mungkin juga belum ada lelaki yang benar-benar menambat hati saya. Lagipun, saya tidak tahulah kalau ada lelaki yang tahan dengan diri saya yang workaholic ni,"ujar Nina dalam nada ceria.
Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, agenda untuk tahun 2010 ini sudah mula dipenuhi dengan perancangan mengembangkan lagi dua buah syarikatnya iaitu Azharina Entertainment dan Top 3 Production Sdn.Bhd. Kata Nina, berkat hasil titik peluhnya selama ini, dia sudah mampu membeli dua buah bangunan di Puchong dan akan memindahkan dua pejabat syarikatnya itu ke bangunan tersebut pada bulan hadapan.
0 Comments