Jamal Abdillah Dilepas Tanpa Dibebas, Kes ugut isteri !!


Terlepas lagi satu masalah abang jamal kita ni,tak habis satu ada lagi masalah yang menghalang beliau meneruskan karier dalam arena seni.

Selain Abang hattan dan Ako Abang Jamal juga salah seorang artis yang kini dalam proses penghakiman.Nasib baiklah Saksi tidak dapat di kesan, saksi yang bernama Fatimatuzahra yakni bekas isteri tidak hadir di hari perbicaraan menyebabkan abang jamal kita ni dilepas tanpa dibebaskan..!!

Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Norkamilah kemudian memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Jamal daripada tuduhan kerana mahkamah tidak mempunyai alasan munasabah mengapa Fatimatuzahra tidak hadir sedangkan beliau sudah mengetahui bahawa hari ini ditetapkan untuk menyambung perbicaraan.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 50, didakwa mengugut Fatimatuzahra, 26, menerusi SMS pada pukul 7.44 pagi 30 April 2007. - BERNAMA

Post a Comment

0 Comments