Namun sekarang lain pula ceritanya bilamana Datuk Sosilawati Lawiya secara terbuka memaklumkan kat media yang dia sebenarnya sudah berkahwin dengan pasangan’nya itu dan ianya berlangsung di luar negara (Indonesia ker?). Makluman ini dibuat untuk menyangkal dakwaan yang dia ditangkap khalwat pada malam tahun baru tersebut.
“Kami pasangan suami isteri dan tidak timbul isu ditangkap khalwat. Namun, kami gagal menunjukkan surat nikah menyebabkan kami disyaki berkhalwat,” – Datuk Sosilawati
Sementara itu, peguam Datuk Sosilawati iaitu Datuk Zaidi Zain juga mengesahkan yang Datuk Sosilawati dan pasangan’nya itu sudah melangsungkan pernikahan. Walau bagaimanapun, dia enggan memberikan maklumat terperinci kerana kes berkenaan masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Sosilawati dan pasangannya sudah berkahwin, namun atas sebab tertentu kami tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana kes ini dalam siasatan Jais dan anak guam saya juga masih menjalani satu lagi perbicaraan di mahkamah,” – Datuk Zaidi Zain
Hurm.. Nampaknya kes tangkap khalwat bekas isteri Nash ni semakin menarik. Kalau sebelum ni, laporkan mStar Online mengatakan yang pasangan tangkap khalwat Datuk Sosilawati tu adalah sebagai teman lelaki sahaja. Tapi sekarang dah jadi suami pulak. Suami ‘bas ekspress’ ke apa ni? Huhu..
0 Comments