Pertunangan Sheikh Muszaphar, Dr Halina

Semalam (01. Januari 2010), angkasawan pertama negara, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Syukor telah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan’nya Dr. Halina Mohd Yunus.

Tiada apa yang ingin kami perkatakan melainkan ucapan tahniah diatas pertunangan tersebut. Semoga sepanjang tempoh pertunangan kalian ini, tiada apa-apa halangan mahupun dugaan yang menghalang kalian daripada bersatu di bilik pengantin. Opss! Di jinjang pelamin. Hee..

Oh ya. Sebelum terlupa, majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada 10 Oktober ini (10.10.2010) yang mana ianya sempena memperingati ulangtahun ke-3 Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007.

Post a Comment

0 Comments