Sambutan AF 8 masih hangat di Pasaran


Akademi Fantasia musim ke-8 kembali menemui peminatnya. Uji bakat pertama sudah pun dijalankan pada 9 &10 Januari lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mendapat sambutan hangat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata sambutan masih lagi rancak seperti tahun sebelum ini di mana lebih 1,000 borang berjaya dikeluarkan untuk lokasi pertama itu. Malah, Azlin menjelaskan pada hari pertama sahaja, lebih 500 borang telah habis diedarkan.

"Sistem pemilihan masa lagi sama seperti tahun yang sudah Setiap peserta perlu melalui 4 peringkat tapisan. Untuk peringkat pertama dan kedua, peserta akan diuji dengan bakat nyanyian dan pengesanan bukan tone deaf. Juri untuk peringkat pertama dan kedua adalah Cikgu Shafie, Lah V.E dan penyanyi Deja Moss,"
jelas Azlin.

Perbezaan jelas ketara pada peringkat ketiga yang mana peserta akan dinilai personaliti melalui motivasi. Bagi peringkat ini, pakar motivasi dan penyanyi popular, Dr Fazley diberi amanah untuk menilainya.

"Peringkat ini agar berlainan sedikit. Peserta diuji dengan personaliti dan mengesan bakat sampingan yang ada pada setiap peserta uji bakat. Peringkat terakhir pula merupakan sesi temuramah secara dekat bersama juri-juri khas pilihan Astro," kata Azlin.

Untuk keseluruhan, Akademi Fantasia musim ke -8 (AF8) masih lagi mempunya visi yang sama iaitu mencari penghibur serba boleh. Ditanya sama ada pihak Astro bersedia berhadapan dengan risiko penurunan jumlah peserta uji bakat pada musim kali ini, Azlin menegaskan bahawa bukan kuantiti yang mereka cari tetapi kualiti pada keseluruhannya.

"Setakat ini memang kita nampak peserta yang memiliki kriteria seperti ini tetapi kebanyakan mereka masih tidak cukup umur untuk menyertai AF", katanya.

Post a Comment

0 Comments