Walaupun terkeluar di minggu keempat dalam program Raja Lawak, namun kedua-dua anak muda yang menamakan kumpulan mereka Wili nekad meneruskan karier dalam industri tanah air walaupun hanya menerima bayaran RM 100.Ismawira Bahdun (Wira) dan Mohammad Ali Maula Ahmad (Ali Black) menjadikan Program Raja Lawak sebagai platform mereka untuk bertapak dan maju ke depan lagi
Baca Selanjutnya
berikut luahan kedua-dua anak muda ini;
“Kami rasa bangga dan seronok kerana Wili keluar setelah melakukan persembahan yang bagus dan meninggalkan kesan kepada penonton.kata Wira, 22, dalam satu sidang media di Astro, Bukit Jalil kelmarin.
“Kami juga gembira kerana mampu membuat orang ketawa. Mungkin bukan rezeki kami untuk kekal dalam program ini,” luah Wira yang berasal dari Kuala Lumpur manakala Ali dari Perak.
“Kami akan mencari kerja dalam bidang seni ini walaupun hanya mendapat RM100,”
0 Comments