Siti Nurhaliza undur diri, beri peluang kepada artis baru

Pelakon Rosyam Nor pernah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dulu. Nampaknya, langkah yang sama ingin turut diambil penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza. Dapat tahu, keputusan ini telah dibuat oleh Siti sendiri menerusi satu pengumuman mengejut yang dibuat dalam satu majlis acara hiburan baru-baru ini. Kata Siti, ini adalah tahun terakhir baginya menyertai anugerah berprestij ini.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peminat Siti akan dapat menerima keputusan yang dibuat Siti ini. Tapi, Siti beritahu dia buat semua ini kerana mahu beri peluang pada artis baru untuk merasai sendiri tempat yang telah disandangnya sebagai Penyanyi Wanita Popular ABPBH selama bertahun-tahun.

Ada betul dan logiknya tindakan yang dibuat Siti itu. Tapi di harap keputusan yang dibuat Siti itu tidak akan mengguriskan perasaan pihak penganjur yang saban tahun bertungkus-lumus menganjurkan acara yang penuh gilang-gemilang itu. Khabarnya, permintaan itu telah pun ditolak penganjur.

Post a Comment

0 Comments