Fasha Sandha punca keretakan rumahtangga Zamarul, Diana

Selepas dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga seorang usahawan, Datuk S (2007) dan pelakon Nora Danish dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli (2008), pelakon kontroversi Fasha Sandha sekali lagi dikatakan punca keretakan rumahtangga orang lain. Kali ini membabitkan rumahtangga pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Mahligai yang dibina Zamarul dan Diana sejak Mei tahun lepas dikhabarkan bergolak gara-gara tindakan Fasha memuat turun gambarnya bersama Zamarul dalam satu forum menerusi blog Dramafilmakers.

Ekoran tindakan Fasha itu, Zamarul dikatakan naik angin dan memarahi Fasha di lokasi penggambaran drama ‘Dia Atilia’ sehingga Fasha menangis. Menurut sumber, Zamarul marah kerana tindakan Fasha yang memuat turun gambar itu tanpa kebenarannya.
“Gambar tu takde apa-apa pun, gambar pose je. Fasha dalam karakter dia dan Zamarul dalam karakter dia. Cuma Zamarul sakit hati bila Fasha keluarkan gambar Zamarul tanpa pengetahuan Zamarul. Prinsip Zamarul dia memang tidak gemar gambarnya dimuat turun di mana-mana. Fasha ada call Diana minta maaf. Bagi Diana, Diana tak jeles sebab Diana faham kerja Zamarul. Diana tak nak melayan isu ini. Bagi Diana isu ini terlalu remeh dan tak ada kaitan dengan Diana.” kata Diana Rafar. -Gua

Post a Comment

0 Comments