Jurey saman Melodi dan Nas Ahmad


Kalau sebelum ini Melodi yang sudah lama berkumandang di kaca TV anda bebas melakukan apa sahaja untuk mengupas dan menghebahkan kisah artis.Akhirnya mereka di saman oleh seorang pengarah Jurey Latiff Rosli kerana permintaaan maaf yang beliau nak pada Januari lalu tidak diendahkan Melodi.

Ikuti luahan Jurey mengenai samannya terhadap Melodi dan Nas Ahmad..

Menurut Jurey ketika dihubungi, pengurusan kes saman fitnah dan malu sebanyak RM10 juta itu akan berlangsung pada 18 Mac ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


“Selepas tiga bulan daripada tarikh saman itu difailkan, saya dapati pihak Melodi dan Nas Ahmad tidak melakukan apa-apa tindakan.

Pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

“Nas telah menuduh saya yang bukan-bukan dengan membacakan sebuah emel layang tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu.

“Selepas itu, dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dia telah menerjah saya.

“Disebabkan itu, saya mahu dia memohon maaf di dalam akhbar dan televisyen. Tapi mereka tidak endah langsung. Jadi, sebab itu saya mahu saman fitnah dan saman malu,”
jelasnya lagi.

Post a Comment

0 Comments