Monday, March 8, 2010

Zizan Nin Tidak Benarkan Orang Awam Rakam Gambar Beliau

Filled under: , ,


Ini lebih kepada luahan peribadi berbanding sifat sebenar Zizan Nin sendiri. Kami percaya Zizan Nin lebih baik daripada apa yang salah seorang staff kami alami.

Malam tadi, salah seorang jurukamera kami ke Mid Valley kerana mengetahui yang ada majlis pelancaran siri kosmetik baru keluaran jenama antarabangsa.

Dengan tanggapan akan hadir barisan selebriti untuk memeriahkan acara, staff kami pergi untuk mengambil gambar & mungkin temubual ringkas dengan sesiapa yang ada.

Kami kan publikasi kecil, siapa pun kami ketemu boleh kami jadikan cerita. Kebetulan, memang pertemuan staff kami dengan Zizan Nin menimbulkan cerita baru.

Ketika Zizan Nin sedang sibuk berurusan dengan salah seorang wartawan sebenar, staff kami cuba untuk mengambil gambar ala paparazzi.

Selepas kami dapat sekeping gambar, Zizan Nin kelihatan mahu beredar ke tempat lain bersama wartawan tersebut & sempat bertanyakan staff kami datang dari majalah mana.

Staff kami jawab dengan lurus bendul bahawa beliau hanya mengambil gambar untuk koleksi peribadi.

Cepat tangan Zizan Nin menutup lensa kamera staff kami sambil berkata, “no photo for personal use!”.

Terkesima sekejap staff kami apabila Zizan Nin berkata begitu kepada beliau. Mana staff kami tahu yang selebriti malam tersebut sangat eksklusif untuk media sahaja.

Bagi pihak staff kami kepada Zizan Nin, kami minta maaf jika tindakan staff kami mengganggu kerja awak malam tadi.

Namun tindakan Zizan Nin tidak mahu gambarnya di’ambil oleh orang awam semacam tidak menggambarkan sifat sebenar Zizan Nin yang kami kenali melalui media.

0 comments: