Monday, April 5, 2010

Insan Ceria, Din Beramboi Telah Pergi Meninggalkan Kita. Al-Fatihah.

Filled under: , ,

Berita ini telah di’sahkan oleh dua orang kuat dunia hiburan iaitu Azwan Ali & juga penulis blog hiburan, Klubbkidd.

Menurut kemaskini ringkas mereka berdua melalui Twitter, Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 12.30 pagi hari ini di Hospital Selayang.

Berita ini akan kami update dari masa ke semasa mengikut laporan rasmi media tidak lama lagi. Kami tidak mahu menulis apa sebab kematian kerana belum ada kenyataan rasmi dari pihak hospital.

Apa yang termampu kita lakukan sekarang adalah mendoakan perjalanan Din Beramboi ke sisi Tuhan tenang & di’berkati. Al-fatihah buat insan yang banyak menceriakan hari-hari kita.

Juga maafkan segala kata-kata & perlakuan Din Beramboi selama beliau berjasa kepada dunia seni tanah air. You’ll be missed, Din Beramboi.

0 comments: