Monday, April 5, 2010

Lagenda Budak Setan: Dari Novel Terlaris Kini Ke Filem

Filled under:

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.

Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.

Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi.

Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.

Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.

Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice!

0 comments: