Radhi OAG akui sudah tidak ambil dadah 2 bulan

Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan sikap 'rockstar' dan perangai hiperaktif, Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali benar-benar mengejutkan mStar Online apabila membuat pengakuan bahawa dirinya kini bebas dadah. Menurut Radhi yang ditemui baru-baru ini, dia bersedia untuk bercerita kepada umum tentang tabiat pengambilan dadah yang sudah sebati dengannya sejak umur belasan tahun.

"Terus-terang saya katakan, diri saya kini telah bebas dadah sepenuhnya. Sudah dua bulan sembilan hari saya tidak ambil dadah. Saya tahu pengakuan ini pasti mengejutkan banyak pihak tapi sebagai artis dan manusia yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya.
"Insya-Allah, saya akan jalani kursus pemulihan dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini. Selepas ini, saya akan mewakili mereka untuk berucap dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat demi manfaat bersama," kata Radhi. -mStar

Post a Comment

0 Comments