Artis Pandai Hutang Tak Pandai Bayar

Dalam kehidupan kita memang dikelilingi ramai kawan. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada beberapa orang je kawan yang akan bersama-sama time susah mahupun senang. Dan ada antaranya yang akan bersama kita time susah dan kemudian terus lupa. Dan ianya selalu terjadi apabila berada dalam kesusahan lebih-lebih lagi melibatkan kewangan, dan mulalah mencari kawan-kawan untuk meminjam duit. Ada yang lebih bangsat, bertahun-tahun tidak dengar khabar, tiba-tiba call bukan nak tanya khabar, tapi nak meminjam duit.

Dan kalau ada yang menonton Melodi Ahad lalu, ada hamba Allah ni mengadu nasib yang sahabat dia ni yang pinjam RM6,000 dari dia 3 tahun yang lalu akibat dikejar along. Then bila suruh bayar, kasi alasan takde duit padahal dapat job macam-macam. Melodi mute’kan nama yang disebut oleh pengadu tersebut tapi Melodi still kasi hint yang baik untuk kita cari sendiri.

Kata Melodi, si penghutang tersebut terlibat dalam filem Kecoh Betul yang akan berada di pawagam 3 Jun 2010 ini sebagai krew disebalik tabir. Research tidak sampai 1 minit kami terus membuahkan hasil. Dan orang yang pandai berhutang tapi tak reti bayar tersebut adalah Azmi bin Hassan atau Amy Ukays (Gitaris kumpulan Uk’s). Buktinya:

Ingatlah ye, kita kalau pandai hutang pandailah bayar. Kalau kejap lagi awak tu mati dengan hutang tak berhalal, menjawab kat akhirat nanti. Hakikatnya dalam dunia hiburan memang ramai artis yang sanggup berhutang mungkin hanya sekadar untuk membeli pakaian yang mahal-mahal untuk ke majlis besar-besar seperti AJL, AIM, ABP atau sebagainya yang kemudiannya memakan diri mereka sendiri. Cuma belum sampai ke pengetahuan media sahaja.

Post a Comment

0 Comments