Datuk Bung Moktar Dipenjara Dan Zizie Izette Didenda

Datuk Bung Moktar Dipenjara Dan Zizie Izette DidendaMahkamah telah menjatuhkan hukuman buat pasangan Datuk Bung Moktar dan isteri barunya, Zizie Izette baru-baru ini… Datuk Bung Moktar dikenakan hukuman penjara selama satu bulan diatas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini diatas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk…

Manakala Zizie Izette pula dijatuhkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara selama satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini diatas kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.. Dan bagi kesalahan bersubahat pula Zizie Izette, Datuk Ahmad Shahazmi Abdul Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Titing Putang didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan..

MyGosip percaya, mungkin denda RM1,000 tu tiada masaalah untuk mereka bayar, cuma agak kesian dengan Datuk Bung Moktar yang mungkin terpaksa merengkok didalam penjara selama sebulan gara-gara berpoligami tanpa kebenaran… Tapi Datuk Bung Moktar belum lagi menjalani hukuman tersebut kerana masih dalam prosess rayuan.. Datuk Bung Moktar ada tempoh 14 hari untuk mengemukakan notis rayuan kepada mahkamah.. Kita tunggu dan lihat je la apa keputusan prosess rayuan tu nanti…

Kesian jugak dekat Shaheizy Sam pelakon muda yang semakin popular dengan ‘Adnan Sempit the series’ selaku adik kepada Zizie Izette yang tak pasal-pasal dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara selama enam bulan kerana bersubahat… Tapi der… “Apa ada hal” Dimana ada kemahuan… di situ ada highway”…

Post a Comment

0 Comments