Cerai!!! Anne Sah Diceraikan Talak Tiga..


Ibu Anne, Habibah dan bekas suaminya, Wafi menenangkan Anne yang hampir pitam sebelum mendengar keputusan cerai di luar mahkamah.


Anne bersama dua anaknya, Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2.


Kemelut rumah tangga pasangan Anne, 26, dan Abdul Wafi Hassan, 29, berakhir semalam selepas Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan ketiga-tiga lafaz cerai termasuk taklik yang diucapkan sah. Pasangan yang pernah menyertai program Sehati Berdansa musim pertama berkahwin pada 26 Mei 2006. Mereka dikurniakan dua anak, Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2.

Sebelum prosiding bermula pada jam 11 pagi, Anne hampir pitam di bilik air dan difahamkan terus menghubungi Abdul Wafi yang terus pergi membantunya. Sejak berbadan dua, Anne dikatakan kurang selera makan.

Bagaimanapun, Anne yang kini mengandung hampir 5 bulan dan kelihatan berseri-seri hanya tersenyum serta menenangkan diri apabila keluar dari bilik air. Dia turut ditemani, ibunya, Habibah Jaafar, 55.

“Saya reda dengan apa yang terjadi dan percaya ada hikmah di sebaliknya,” kata Nasriah Ngasri atau Anne dengan tenang.


Jadi Diharap Anne Dapat Bersabar Dengan Dugaan Yang Di Hadapinya.. Tambahan Pula, Dia Kini Sedang Sarat Mengandung Anak Ketiganya.. Kesihan Kan..!! Apa Boleh Buat, Jodoh Tak Panjang. Kasihan Kat Anak-Anak Yang Masih Kecil Ni.. Bersabar je lah..

Post a Comment

0 Comments