Kak Ida Penipu!!! - Deja Moss


Penampilan yang meyakinkan, menggunakan kereta mewah dan memakai perhiasan mahal termasuk berlian serta petah berbicara, wanita 46 tahun tu nampak cam usahawan berjaya. Ramai yang cair dengan lakonannya termasuk penyanyi Sharifah Hadijah Wan Mos atau lebih dikenali sebagai Deja Moss.

Haaa... ni bukan pelakon baru ye... Tapi, penyelewengan dilakukan wanita berstatus janda beranak tiga dipanggil ‘Kak Ida’ telah dirancang teliti dan cukup licik. Hebat!

Deja kerugian RM10,750 kurang tiga bulan selepas diperkenalkan kepada wanita itu oleh adiknya.

Deja Moss mengakui bodoh sebab terlalu mudah mempercayai kata-kata wanita itu kononnya ada 2 syarikat dan mengalami masalah kewangan selepas ditipu rakan kongsi dalam bidang pengiklanan.

Deja Moss telah membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana, Selasa lalu. Nasib Deja Moss kurang baik, bertemu dengan penyamun dan penipu yang licik. Harap Deja Moss bersabar dengan ujian Allah ini...

Moralnye : Jangan Mudah Mempercayai Seseorang.... Banyak Iblis Bertopengkan Manusia..

Post a Comment

1 Comments

  1. I would like to exchange links with your site www.blogger.com
    Is this possible?

    ReplyDelete