Tuesday, June 1, 2010

Les’ Copaque Tukar Tema Upin & Ipin Demi Peminat Indonesia

Filled under: ,

Sekali lagi karyawan Malaysia membuat percubaan berani untuk menarik perhatian rakyat Indonesia yang sebenarnya tidak peduli pun akan hasil seni Malaysia.

Satu-satunya produk seni Malaysia yang di’sayangi rakyat Indonesia adalah Siti Nurhaliza & apa yang Upin & Ipin alami di Indonesia jauh dari menjadi satu fenomena.

Baru baru ini Les’ Copaque mengumumkan yang mereka telah menukar halatuju filem kedua Upin & Ipin daripada bertemakan angkasaraya kepada tema cerita dongeng & kesultanan Melayu lama.

“Kalau kita teruskan dengan Upin & Ipin: Angkasa, jalan ceritanya mungkin terlalu moden dan tidak sesuai dengan budaya di Indonesia”

Alasan’nya adalah untuk memenuhi permintaan peminat di Indonesia & seperti yang kami petik, tema angkasa terlalu moden buat Indonesia. Hey, who give a shit?

Upin & Ipin adalah ‘milik’ rakyat Malaysia dan sepatutnya halatuju filem komedi animasi kegemaran ramai ini sepatutnya beracuan Malaysia, bukan’nya memandang kepada kehendak Indonesia.

Les’ Copaque juga bercadang untuk membawa nama Upin & Ipin ke India dan kami menjangkakan, jika mereka berjaya meraih populariti, mungkin filem ketiga Upin & Ipin akan bertemakan perjuangan Mahatma Gandhi.

Bacaan Lanjut: Tuah Kembar Botak Cetuskan ‘Laksamana Upin & Ipin’ (via mStar Online)

0 comments: