Zahid Dan Nita Sudah Putus Cinta

zahid dan nita clas

Malunya diri ini kerana agak lambat menulis mengenai putus cinta Zahid AF dan Nita Malaysia Idol ini. Maafkan kami. Memang kami nak tulis tapi asyik terlupa je. Biasalah kan manusia? Kedua-dua pasangan kekasih ini disahkan putus cinta pada 28 Jun yang lalu selepas memadu asmara selama 2 tahun 8 bulan.

Inilah madah-madah cinta dari Nita:-

“memang kami berdua dah tak ada jodoh. Orang bercinta tujuh, sembilan tahun pun boleh putus, orang yang dah kahwin pun boleh cerai, inikan pula hubungan kami.

“Hubungan kami berakhir pada 28 Jun yang lalu. Kami putus pun melalui Blackberry Messanger (BBM). Apa yang boleh saya katakan, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan.

“Kalau boleh saya nak simpan segala kenangan manis kami bersama. Kalau banyak cakap, nanti ada pula pihak yang tak senang hati.”

“Biasalah. Mana-mana perhubungan pun, pasti ada yang bergaduh. Dua minggu sebelum kami putus, kami ada bergaduh, tapi tak ada lah teruk. Mungkin dah sampai masa hubungan kami berakhir.”

Post a Comment

0 Comments