Cekap dan pantas sungguh info tentang kenyataan Facebook Abby Abadi sampai ke telinga Memey Suhaiza. Terus dengan pantas Memey mempertahankan tindakannya yang mengangkat telefon Norman.
Biar betik Norman tak save nombor Abby kat dalam handphone dia? Sekali dengar macam tak logik tapi boleh jadi betul jugak. Mungkin Norman delete nombor Abby sebab tak mahu ingat segala memori lama dengan Abby dulu. Logik tak tekaan kami?
Yang penting, Memey berkata yang sempena tahun 2011 ini dia tak mahu gaduh-gaduh dah dengan Abby. Memey mahu bukak buku baru.
Tapi nampaknya Memey tak menjawap persoalan utama daripada Abby. Betul ke tidak Memey tinggal serumah dengan Norman? Itu yang kami nak tahu sangat sebenarnya. Nampaknya persoalan akan terus tinggal persoalan.
Oh ye, Memey bakal mengakhiri zaman daranya pada tahun 2011 ini. Tahun dah tahu tapi tarikhnya masih belum ditetapkan. Kata Memey sejak bertunang ini rezeki dan tawaran berlakon mencurah-curah. Sibuk sampai tak sempat nak buat persediaan kahwin.
Sumber info dari Mstar.
0 Comments