Kamal Adli Bercinta Dengan Olivia Jensen Dalam Gerimis Mengudang


Pelakon kacak Kamal Adli mengakui rasa berat hati nuntuk berlakon filem arahan Ahmad Idham Nadzri berjudul Gerimis Mengudang.

Kata Kamal, perasaan tersebut timbul kerana merasakan dia bakal memikul tanggungjawab untuk membawa filem tersebut ke negara jiran Indonesia.

"Entah kenapa hati saya sangat berat untuk berlakon filem itu. Mungkin perasaan terlalu takut kerana ini merupakan filem pertama saya yang akan ditayangkan di Indonesia.

"Saya dapat rasakan tekanan untuk buat yang terbaik dan juga bergandingan dengan pelakon popular Indonesia Olivia Jensen Lubis," katanya ketika ditemui pada sidang media Gerimis Mengundang.

Filem tersebut merupakan gabungan dua syarikat produksi tempatan, Excellent Pictures dan Erama.tv dengan kerjasama syarikat produksi prolifik dari Indonesia, Wana B Pictures.

Tambah Kamal, antara cabaran utama adalah dari segi bahasa pertuturan Olivia yang agak sukar untuk difahami.

"Saya sukar untuk memahami bahasa Indonesia yang dituturkan oleh Olivia kerana terlalu pekat, saya perlu dengar betul-betul untuk memahaminya.

"Namun dia seorang yang sangat mesra, kali pertama berjumpa dia seperti sudah lama kenal. Jadi mungkin tiada masalah untuk mencari keserasian," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang watak yang bakal dilakonkan, Kamal berkata dia memang watak Zamani yang merupakan seorang juruterbang helikopter.

Zamani akan bertemu Mikha lakonan Olivia gadis dari Jakarta. Dari seorang pemuda yang mempunyai ego yang tinggi, dia akhirnya jatuh cinta dengan Mikha.

Filem yang memaparkan naluri cinta insan ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Indonesia pada 2012. - mStar Online


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments