Monday, June 27, 2011

Nabil Mahu Buka Kedai Kasut & Tunaikan Umrah

Filled under:


Pelawak Nabil Ahmad, 28, merancang untuk membuka perniagaan menjual kasut wanita tidak lama lagi menggunakan sebahagian wang kemenangannya pada program Maharaja Lawak, Jumaat lalu.

Menurut Nabil yang mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut, wang sebanyak RM150,000 yang diperoleh tidak akan disia-siakan begitu sahaja dan ia akan menjadi sebagai modal permulaan perniagaan tersebut.

"Saya dah lama ingin berniaga kasut wanita kerana kasut merupakan barangan wanita yang paling banyak dibeli dan mereka sentiasa mengikut trend masa kini.

"Kebetulan pula, saya dapat tempat ketiga dalam Maharaja lawak, wang tersebut saya gunakan sebagai modal," katanya.

Tambah Nabil, dia akan membeli barangan kasut sarung itu di kedai borong di Bangkok, Thailand.

Selain itu, pelakon ini juga sedang merancang untuk menunaikan umrah bersama ibunya dalam masa terdekat ini menggunakan wang kemenangan tersebut. - mStar Online

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

0 comments: