Perkahwinan Megan Fox tergugat?

SEDIH.. Megan Fox dan suami, Brian Austin Green.

Gara-gara mulut Shia LaBeouf, perkahwinan bekas pelakon filem francais popular "Transformers", Megan Fox bersama suami, Brian Austin Green dikatakan tergugat.

Dalam sebuah temu bual untuk filem "Transformers: Dark Of The Moon", LaBeouf mendedahkan bahawa dia dan duta jenama Giorgio Armani ini pernah bersama ketika penggambaran dua buah filem "Transformers" sebelum ini.

Fox bersama Shia LaBeouf
Menurut OK Magazine, pengakuan LaBeouf dikatakan telah menyebabkan pasangan suami isteri marah walaupun hubungan mereka tidak serius ketika itu.

Sumber mengatakan Fox sedih semenjak LaBeouf mendedahkan hubungan sulit mereka. Kata sumber tersebut: "Megan tidak henti-henti meminta maaf kepada suaminya walaupun hakikatnya dia tidak membuat sebarang kesilapan memandangkan pasangan ini tidak bersama ketika itu. Mereka sangat marahkan Shia!"

Pelakon seksi ini dibuang daripada barisan pelakon filem francais terkenal ini setelah memberi komen terhadap pengarah Michael Bay dan penerbit eksekutif, Steven Spielberg membuat keputusan untuk memecat Fox.

Semenjak Fox dipecat, dia tidak henti memberi komen tentang kejadian tersebut dan mereka yang terlibat. Namun Fox tidak pernah sesekali berkata buruk tentang LaBeouf. Tempat Fox telah diganti oleh model Victoria's Secret, Rosie Huntington-Whiteley untuk filem "Transformers: Dark Of The Moon".

sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments