Berhubung dakwaan filem Hantu Bonceng menghina Rasulullah, walaupun Zizan Razak, pelakon utama filem Hantu Bonceng sudah pun meminta maaf, pengarah filem tersebut kelihatan tidak mempunyai niat yang sama dan melalui Mstar Online mendakwa adegan yang dimaksudkan langsung tidak bertujuan untuk mempersendakan kalimah syahadah.
“Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.
Mungkin itu kata kuncinya, ‘tidak bertujuan’. Tetapi bukan seorang
dua, malah ramai pihak memandangnya sebagai sesuatu yang menghina
Rasulullah.
“”Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul selelah filem itu habis ditayangkan di pawagam? Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu.”
Itu mudah saja, bagi pihak kami, kerana Lembaga Penapis Filem
Malaysia (LPFM) juga dibarisi oleh manusia, dan sebagai manusia, dengan
pelbagai filem untuk dinilai dan ditapis, mungkin juga terlepas pandang.
Manusia tidak sempurna.
Ahmad Idham juga perlu memikirkan kemungkinan isu ini tidak timbul
sebelum ini kerana yang menonton di pawagam datang dengan tidak berfikir
dan hanya mahu berhibur. Begitu pun ada juga dakwaan yang filem Hantu
Bonceng menghina Islam sebelum ini, ini bukan perkara baru. Disebabkan
ia sudah ditayangkan di ASTRO First, ia telah ditayangkan ke segmen
khalayak yang berbeza, dan ia boleh diulang tayang selama 48 jam. Jadi
penilaian terhadap filem itu oleh orang ramai akan menjadi lebih
menyeluruh.
Bagi kami, tak rugi sekadar memohon maaf. Kita semua hanyalah manusia yang membuat kesilapan.
______________________________________________________
0 Comments