Thursday, December 22, 2011

Fesyen Rafidah Ibrahim Yang…Ahem…Unik

Filled under:

Untuk sepanjang tahun 2011, kami perhatikan bekas juara rancangan terbitan Pantene ini menampilkan fesyen-fesyen yang unik. Kami katakan unik kerana kami sendiri tidak pasti bagaimana hendak mengkategorikan fesyen-fesyen yang digayakan oleh Rafidah. Seolahnya ada sesuatu yang tidak kena dengan imej yang ditampilkannya bila dia menggayakan busana-busana sebegini. Boleh jadi juga kerana fesyen-fesyen unik yang digayakannya ini membuatkan dia lebih dikenali pada tahun 2011?


1. Ada sedikit menampilkan gaya Erykah Badu, fesyen ini memang menyerlahkan, kerana warnanya yang merah garang dengan kain labuh kembang payung dan bibir berwarna merah darah. Seolah ada kenyataan tersembunyi ‘lihatlah saya!’ bila melihat Fida menggayakan fesyen ini.


2. Okay, ini dinamakan color-blocking agung. Tudung pink, selendang kuning dan baju oren menyala. Kami harap ini ialah satu sesi bergambar dari set penggambaran drama jenaka saja. Oh, bukankah?


3. Yang ini pula, gaya seksi dalam keimanan ke apa? Penampilan dua mesej bercanggah melalui satu busana. Kami agak keliru dibuatnya.


4. Gaya ini mengingatkan kami pada Rogue dalam filem X-Men (2000). Pada Keluang Man pun kami teringat. Erkk.

Bagaimana pendapat anda ya, tiada yang pelik dengan fesyen Fida, atau mata kami yang kero? Kredit gambar carian Google.


sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: