Wednesday, February 22, 2012

Adnan Sempit 2, Sekuel Yang Cemerlang Dari Pengarah Berbeza


Jujur’nya sebelum melangkah masuk ke dewan tayangan untuk Adnan Sempit 2 malam tadi, kami risau yang filem sekuel ini tidak mampu kembalikan aura seperti filem pertama tahun lalu.

Namun Ismail Bob Hasim seperti mana rekod beliau yang jarang mengecewakan peminat filem Melayu, berjaya memberikan satu sentuhan tersendiri terhadap filem Adnan Sempit 2.

Filem ini masih mengekalkan teraju utama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham, Yana Samsudin dan Angah Raja Lawak serta penampilan baru Syuk Balas.

Adnan Sempit 2 kali ini taruhkan jalan cerita yang lebih mendalam terhadap kehidupan Adnan yang beriya iya mahu mengahwini Nadia tetapi menerima syarat dari ayah Nadia untuk berubah kepada imej korporat.

Bermula dengan cabaran itu, Adnan mula melakukan pelbagai usaha untuk memenuhi permintaan keluarga Nadia & anda boleh bayangkan gelagat penuh kelakar Adnan belajar Bahasa Inggeris dari Bobby (Along Cham).

Berani kami katakan di’sini selepas menonton filem ini, pengarah Ismail Bob Hasim tidak membunuh jenama Adnan Sempit & ada dengar dengar juga jika sekuel kali mendapat sambutan, akan ada yang ketiga. Heh.

Rotikaya Rating: 4/5




sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: