Belum Sampai Seru Untuk Bertudung – Ziana Zain

Semenjak dua menjak ini, ramai artis-artis muda seperti Ana Rafali, Diana Amir, Farah Asyikin dan beberapa orang lagi yang telah berhijrah untuk memakai tudung sepenuhnya. Ini satu perkembangan yang sangat sihat. Dan Harian Metro hari ini bertanyakan kepada Ziana Zain yang telah berusia 44 tahun tentang keinginan untuk bertudung.

ziana zain

Ini jawapan Ziana Zain yang boleh dibaca sepenuhnya di Harian Metro:-

Penghijrahan manusia Allah s.w.t. berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara yang berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba. Saya pasti suatu hari nanti saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari nanti saya ingin menunaikan fardhu haji.

Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat. Jadi kita perlu pegang pada janji. Apa pun saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukannya tudung. Tidak manislah begitu seolah mempersendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desaka mana-mana pihak, Insya Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni.

Jadi kepada peminat-peminat kipas susah mati Ziana Zain, Abang Nara tahu anda mahukan penyanyi kesayangan anda ini bertudung lebih-lebih lagi ketika ini usianya yang sudah hampir mencecah 50 tahun. Apa yang boleh anda lakukan tak lain tak bukan ialah doakan agar Ziana Zain dimurah rezeki untuk dipanggil menunaikan haji. Daripada kefahaman Abang Nara, bila Ziana Zain dipanggil ke sana kelak, pastinya dia akan berhijrah untuk bertudung. Sama-sama kita doakan.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments