Tuesday, April 10, 2012

(GOSIP)Kakak Penyanyi Remaja Marah Orang Kritik Adiknya Di Twitter?

Filled under:

Penyanyi remaja ini memang mendapat perhatian ramai semenjak salah satu lagunya meraih populariti di media sosial. Bagaimana pun, tidak kurang juga yang tidak dapat menerima kehadirannya, malah ada di kalangan penyanyi senior sendiri dikatakan pernah mengkritik penyanyi remaja ini.

Kerjaya penyanyi remaja ini berkait secara langsung dengan kakaknya yang juga turut menyumbangkan kreativiti kepada lagu-lagu penyanyi remaja ini tadi. Bagaimana pun, timbul soseh-soseh apabila kakak penyanyi remaja ini dikatakan memarahi individu-individu yang mengkritik adiknya itu di Twitter. Menurut seorang pembaca BeautifulNara yang menghantar surat terbuka kepada kami:-

Dia asyik kemas kini twitter cam ayat tak puas hati dengan kritikan orang kepada *****. Saya rasa sepatutnya dia tak boleh la nak kutuk org yang kritik adik dia tu. Sepatutnya die tweet je la yang elok-elok pasal adik dia, bukan nak tweet untuk balas balik kritikan tu. Sepatutnya juga dia kena la sedar hidup dalam dunia artis memang la macam tu. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka.

Ini tentang karier adik dia juga. Kalau dia asyik nak balas balik kritikan orang ke atas adik dia tu, nanti lama-lama peminat ***** pun boleh kurang disebabkan kakak dia yang over tu. Saya tengok ***** tu tak ada pun nak over-over macam tu.
Seperti yang sedia maklum yang kakak ****** ni juga merupakan penulis lirik lagu-lagu *****. Tapi dia kena ingat, yang perform tu adalah *****. Dia juga kena jaga nama baik ******. Saya amat kagum dan respect kepada keluarga Elfira Loy.

Adik-adik dia pun berdarah seni juga. Sebagai contoh, tak ada pun Elfira sibuk atau balas kritikan-kritikan atau kutukan ke atas adik-adik dia dan sebaliknya juga.

Mereka nampak matang sangat. Kalau nak dibandingkan dengan umur, kakak ***** tu kan dah besar. Saya harap benda ini tidak berlarutan kerana ia melibatkan populariti ***** tu. Saya juga merupakan peminat ******. Tapi agak terkilan dengan sikap kakak dia yang terlalu suka membalas kritikan itu. Dah la ayat dia perghhhhh tak menahan.

Ada juga betulnya apa yang dikatakan peminat ini. Kepada kakak penyanyi terbabit, kami rasa anda tahu siapa anda, terimalah teguran ini dengan terbuka demi karier adik anda itu. Asam garam dikritik bila menyertai dunia seni, tapi anda boleh memilih untuk biarkan saja. Contohi Datuk Siti Nurhaliza, “Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji”.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: