Kerakyatan Tak Perlu Jadi Isu – Siti Nurhaliza

Susulan kenyataan Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz di ABPBH2011 baru-baru ini, Dato’ Siti Nurhaliza turut sama memberikan pendapatnya mengenai isu ini. Ternyata Dato’ Siti tiada masalah langsung dengan kemenangan Aaron. Baginya, soal kerakyatan tak perlu jadi isu tambahan pula Anugerah ABPBH adalah berdasarkan undian daripada peminat.

siti nurhaliza

Di bawah ialah kata-kata Siti Nurhaliza kepada wartawan Sinar Harian mengenai perkara ini:-

Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat. Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal. Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri.

Ini sebenarnya satu jawapan yang sangat baik daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga Zed Zaidi membaca kata-kata Dato’ Siti dan berusaha untuk layak ke dalam Top 5 untuk ABPBH2012. Jadikan kejayaan Aaron Aziz sebagai pendorong bukannya sebagai alasan untuk jeles tak tentu pasal. Tak gitu?



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments