Ini Satu Pengajaran Berguna Buat Saya – Adi Putra

Bukan senang untuk berhadapan dengan orang ramai terutamanya jika anda seorang selebriti bernama Adi Putra yang baru menarik balik permohonan cerai terhadap isteri sendiri. Namun semalam, Adi kelihatan tenang menjawab persoalan daripada pihak media berkaitan isu ini. Apa pun, Abang Nara bersyukur kerana rumahtangga Adi dan isterinya, Aida terselamat daripada penceraian.

adi putra

Adi berkata yang apa yang dilaluinya seperti sebuah drama. Kata Adi:-

Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain. Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah.

Yang paling penting, Adi dan isteri mendapat pengajaran yang sangat banyak daripada kes ini.

Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain. Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya.

Dan isteri Adi, Aida menegaskan bahawa apa yang telah terjadi antara mereka berdua tidak ada kaitan dengan orang ketiga ataupun soal cahaya mata.

Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak.

Bagi Abang Nara, persetankan apa orang nak kata. Anda sendiri tahu apa sebenarnya yang terjadi. Yang penting, sekarang anda berdua tidak jadi bercerai. Cari jalan untuk terus hidup bahagia seperti dahulu. Pergaduhan adalah asam garam rumah tangga. Dan Abang Nara berdoa agar Adi dan isteri dikurniakan cahaya mata secepat mungkin supaya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka berdua. Amin. Kredit info Mstar.




sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments