Saya Sudah Tawar Hati Dengan Fizz Fairuz – Almy Nadia

Abang Nara dah kata dah. Kalau bercinta jangan lama sangat. Masuk meminang cepat-cepat. Mungkin kerana sudah terlalu lambat, Almy Nadia sudah pun tawar hati dengan Fizz Fairuz. Semalam di BiPop, Almy Nadia membongkarkan betapa jiwanya merana dan kecewa sepanjang bercinta dengan Fizz Fairuz.

fizz fairuz

Untuk makluman, Fizz Fairuz sudah pun membuka mulut kepada media awal tahun ini tentang perancangannya untuk melamar Almy Nadia. Namun untuk pengetahuan anda, Fizz Fairuz tidak pernah memberitahu kepada Almy Nadia tentang perkara tersebut secara face to face. Kata Almy:-

Sana sini orang asyik memperkatakan tentang soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan. Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media. Hubungan kami juga boleh diumpamakan seperti retak menanti belah sejak dua tahu kebelakangan ini. Saya terlalu kecewa, sudah kering air mata apabila terlalu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Tapi, lama kelamaan saya terfikir kenapa saya nak terus menangis dan meratap sedangkan Fizz tidak pernah menghargainya.

Tambah menyedihkan apabila Almy membuka cerita yang Fizz lupa hari jadinya dan tidak menjemputnya ke ABPBH. Serius sedih.

Kami tidak lagi bercakap melalui telfon, jika ada hal penting, saya hanya berbicara melalu WhatsApp. Nombor BBM Fizz pun saya tiada. Jadi adakah ini yang dinamakan cinta? Selama tiga bulan merajuk, Fizz langsung tidak mempedulikan saya, jauh sekali nak menjenguk saya di kampung. Saya juga terasa hati, saya tidak langsung dipelawanya ke majlis ABPBH. Saya teringin nak pergi kerana sudah lama tidak menghadirkan diri ke majlis anugerah, tapi Fizz mahu pergi bersama rakan dan keluarganya saja. Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati, Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Bukan nak hadiah besar pun, cukup sekadar mengingati dan mengucapkan selamat hari jadi. Itupun Fizz sudah lupa, jadi apa harapan saya?

fizz almy
Sedih gila kan? Bagi Abang Nara, nampak macam Fizz tak nak kat Almy Nadia langsung. Tambah sedih apabila Fizz hanya menghubungi Almy selepas beberapa hari dia memenangi ABPBH.

Dia cakap pada wartawan, saya adalah orang kedua yang selepas ibunya iaitu insan yang dihubungi Fizz diumumkan menang dalam ABPBH pada malam 8 April lalu. Saya nak gelak mendengarnya, hakikatnya dia menghubungi saya beberapa hari selepas kemenangan itu.

almy

Tak sangka begini rupanya keadaan percintaan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Abang Nara nasihatkan supaya Almy lupakanlah sahaja Fizz. Ramai lagi lelaki di luar sana yang boleh membahagiakan anda. Tak gitu?



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments