Yana Samsudin Kongsi Cerita Isteri Orang Datang Melamar Untuk Bermadu


Seakan dejavu ketika menulis kisah ini kerana rasa’nya pernah dengar jalan cerita yang sama tetapi entah terjadi kepada siapa. Atau, ini sebenarnya sudah lumrah selebriti.

Siapa tidak kenal pelakon popular cantik molek Yana Samsudin yang kini sedang hangat di’pawagam dengan filem Aku Ada, Kau Ada? penampilan bersama Shaheizy Sam.

Yana Samsudin dalam temubual terbaru bersama majalah URTV menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi pilihan seorang isteri orang untuk hidup bermadu.

Suami kepada wanita itu pada mula’nya hanya kenalan kepada Yana Samsudin tetapi wanita itu selepas beberapa ketika nampak bersungguh sungguh untuk berkongsi suami.

Yana Samsudin pernah di’jemput datang ke rumah menikmati makan malam sebelum wanita itu meninggalkan suami’nya untuk bersembang dengan aktress ini.

Sejak itu, si isteri memulakan usaha untuk menyatukan suami beliau dengan Yana Samsudin. Mulia perilaku si isteri di’situ.

Keluarga Yana Samsudin beberapa kali menjelaskan yang mereka tidak boleh menerima suami wanita tersebut sebagai menantu tetapi si isteri tetap mahukan Yana Samsudin berkahwin dengan suami’nya.

Untuk sebab sebab tertentu, kisah ini tergantung begitu sahaja namun dek kerana Yana Samsudin masih single & available kami lihat maka kesimpulan’nya perkahwinan idaman si isteri tidak mencapai kata persetujuan. Hmm.



sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments