Tasha Shilla Tak Ada Masa Nak Layan Kontroversi

Kontroversi yang melanda 3 pelakon baru, Anzalna, Neelofa dan Tasha Shilla nampaknya semakin hari semakin hangat. Masing-masing merasakan diri mereka berada di pihak yang benar. Namun Tasha Shilla yang cuba dihubungi oleh pihak portal Murai menyatakan yang dia tak ada masa untuk melayan kontroversi ini pada masa sekarang kerana terlalu sibuk dengan lakonan.

tasha shilla

Kata Tasha:-

Memang Tasha sekarang terlalu sibuk dengan penggambaran telemovie Duyung. Nak layan Twitter pun taka ada masa. Terpaksa Tasha tutup Twitter buat sementara. Apa yang perlu Tasha lakukan sekarang ialah dengan memandang ke hadapan dan tidak bertoleh ke belakang lagi. Biarlah tumpuan Tasha sekarang dalam bidang lakonan yang semakin menampakan hasilnya. Ada beberapa orang wartawan yang telah menghubungi saya sejak semalam untuk meminta pendapat saya berhubung isu ini, tapi saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Seperti yang saya katakan tadi, saya sedang sibuk dengan penggambaran dan sepanjang tempoh itu saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia hiburan di luar sana. Saya tak mahu tersalah cakap pula.

Ini sememangnya satu langkah yang sangat bagus daripada Tasha Shilla. Makin dilayan kontroversi ini, makin panas dan hangat dibuatnya. Kadang-kadang nanti ayat yang keluar mampu mencetuskan lagi kemarahan pihak yang lain. Abang Nara nasihatkan agar Tasha terus tumpukan perhatian terhadap lakonan dan buat derk sahaja terhadap kontroversi yang sedang berlaku ini.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments