"Biadab & Tak Profesional "– Pengulas Sukan Otai Dimaki Netizen Gara-Gara Video Ini

Pengulas Sukan Otai Dimaki Netizen Gara-Gara Video Ini | Sukan Olimpik 2016 yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil telah mendapat liputan meluas di media perdana dan media sosial. Rata-rata menzahirkan kegembiraan apabila beberapa atlet negara berjaya meraih pingat di sukan bertaraf dunia itu. Tak kurang juga yang mengkritik kerana beberapa isu yang dianggap remeh dan sensitif.

Baru-baru ini telah viral video mengenai seorang otai pengulas sukan yang dikritik netizen kerana mengulas seperti ‘di kedai kopi’ dalam acara papan terjun anjal yang diwakili atlet renang negara, Ahmad Amsyar Azman. Jom baca!
Saya malas nak sebut

Menerusi video yang dimuat naik di FB Mohd Iqbal Abu Samah, pengulas sukan tersebut kedengaran mengulas dalam nada yang tidak sepatutnya dilakukan. Seolah-olah beliau dikatakan seperti ‘menyindir’ penerjun negara tersebut. Ayat “saya malas nak sebut” yang merujuk kepada kegagalan Amsyar meraih mata penuh menerusi terjunannya.

Beberapa netizen mengecam kerana penerjun tersebut telah memenangi emas dalam acara terjunan sebelum ini dan tidak wajar dikritik hanya kerana kegagalannya membuat terjunan di Olimpik 2016.Netizen cemuh ulasan ‘kedai kopi’ - Pejam Kelip




Ada juga yang bersetuju
 
 

Sumber: FB Mohd Iqbal Abu Samah
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

0 Comments