Gambar Sekitar Mini Gathering 2009 Sitizone Raikan Dato’ Siti Nurhaliza

SITIZONERS MINI GATHERING 2009 RAIKAN KEJAYAAN DATO SITI NURHALIZA DAN ULANGTAHUN PUAN ROZIE

Sabtu, 23 Mei 2009 - SitiZoners Mini Gathering 2009 anjuran Ahli Kelab Peminat Dato Siti Nurhaliza, Sitizone.com telah diadakan di Restoran Resepi Sang Dewi, Cheras iaitu milik Puan Rozie kakak ipar kepada Dato Siti Nurhaliza.Restoran ini sangat popular dengan masakan ‘Sambal Hitam’ & ‘Ikan Patin masak tempoyak’. Persediaan untuk mengadakan perjumpaan sesama ahli SitiZoners ini dibuat kurang daripada dua minggu.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk meraikan kejayaan besar Dato Siti Nurhaliza di Anugerah Industri Muzik 16, Anugerah Bintang Popular 2008 serta ingin menyambut ulangtahun karier beliau yang ke 14.Secara tidak langsung, bulan Mei ini juga adalah hari yang sangat istimewa buat Puan Rozie kerana 11 Mei yang lalu, beliau telah menyambut Hari lahirnya dan SitiZoners juga amat berbangga untuk meraikan sambutan hari lahir Puan Rozie kerana dia juga merupakan tulang belakang kepada Dato Siti Nurhaliza sepanjang kariernya sebagai anak seni.

Dato Siti menggayakan Badge yang dicipta khusus untuk Gathering ini

Tepat jam 12 tengahari, seramai 60 orang SitiZoners sudah datang bertandang di restoran Resepi Sang Dewi. Oleh kerana perjumpaan ini dibuat secara ‘Mini’, jadi AJK Sitizoners menghadkan seramai 50 orang sahaja. Alhamdullilah sambutannya di luar jangkaan, dan seramai 60 orang telah mendaftar demi mengeratkan silaturrahim di antara SitiZoners Ada di kalangan Sitizoners dari Terengganu, Melaka, serta Negeri Sembilan sanggup turun ke Kuala Lumpur demi memeriahkan majlis ini.

AJK yang terlibat dalam Gathring ini. Dari kiri Zaffira, Ejay,Azwan, Siti Fairuz, Ana & Hafeez

Tepat jam 2 petang, perjumpaan ini dimulakan dengan kata-kata aluan dari tuan empunya restoran, Puan Rozie.Kemudian, program diteruskan dengan sesi suai kenal di antara Sitizoners semua. Seterusnya, para Sitizoners amat teruja kerana Tuan Puteri, Dato Siti Nurhaliza juga turut hadir memeriahkan majlis.Beliau hadir bersama kakaknya iaitu Siti Norsaida. Ini adalah satu kejutan yang amat besar buat para peminat.

Sejurus selepas beliau sampai, program diteruskan dengan permainan Kuiz iaitu para Sitizoners akan diberikan kertas soalan untuk dijawab berkenaan dengan soalan sepanjang karier beliau. Seterusnya, permainan ‘Harmming’ iaitu harming lagu-lagu daripada album Dato Siti Nurhaliza. Beliau juga sempat untuk meluangkan masa untuk turut serta dalam acara ini. Kami amat teruja melihat keramahan beliau melayani para peminatnya. Beberapa minit kemudian, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa juga turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Selepas itu, Dato Siti sempat mengucapkan sepatah dua kata ‘Siti mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menganjurkan perjumpaan ini untuk bersama-sama menyambut kejayaan Siti sepanjang bergelar anak seni’.Katanya lagi ‘Siti juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir memberikan sorakan buat Siti di AIM yang lepas, walaupun Siti tidak hadir,tetapi anda tetap memberikan sorakan yang kuat, terima kasih’.Ujarnya lagi ‘InsyaAllah, untuk sambutan ulangtahun yang ke 15 karier Siti, Siti akan buat yang lebih ‘grand’ lagi untuk semua, InsyaAllah’.

Kemudian program diteruskan dengan sesi soal jawab di antara peminat dan Sitizoners semua. Sejurus selepas itu, Sitizoners dengan bangganya telah menganugerahkan ‘Anugerah Khas SitiZoners’ kepada Dato Siti Nurhaliza sepanjang bergelar insan seni.

Dato Siti Nurhaliza juga sempat mendeklamasikan puisi ciptaan Puan Rozie sempena dengan hari kelahirannya. Ini juga satu kejutan buat Puan Rozie. Puisinya bertajuk ‘MASIH DIPINJAMKAN USIA’

Sejurus selepas itu, sesi memotong kek Ulangtahun yang ke14 tahun Dato Siti Nurhaliza serta hari jadi Puan Rozie dan Sitizoners yang menyambutnya pada bulan Mei telah dimulakan.Akhir sekali,sesi bergambar beramai-ramai bersama Dato Siti Nurhaliza dan cabutan bertuah.

Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga daripada Sitizoners untuk Dato Siti Nurhaliza, Puan Rozie serta kakitangan Siti Nurhaliza Productions yang sudi bertandang ke Majlis ini. Bak kata para Sitizoners ‘Panas Terik, Hujan Badai, kita lalui bersama’.Semoga maju jaya buat Dato Siti Nurhaliza.

Ada cabutan bertuah

Aksi Dato Siti ketika menjawab soalan dari para peminat

Dato Siti ketika turut serta dalam acara ‘Harmming’

MASIH DIPINJAMKAN USIA
(sempena ulangtahun kelahiran Puan Rozie yang ke 35, 11 Mei 2009)

Pada satu catatan hari
Meskipun bukan hanya hari ini
Atau pada hari-hari yang pernah kita lalui
Atau pada detik-detik yang pernah kita isi
Sehela nafas itu harganya begitu tinggi

Yang sedang kuhirup
Dan membuatkan ku hidup
Pada saat kembang dan kudup
Udara dan nafas bagai bayu berpuput
Membasahi ruang yang masih berdegup
Segalanya pernah dan masih di sini bertaut

Saat masih dipinjamkan usia
Sejarahnya biarlah terus terbuka
Pada semua indah dan manisnya
Menjadi satu-satunya peristiwa
Yang telah kita cipta bersama

Mensyukuri apa pemberianNya
Menginsafi atas apa nikmatNya
Saat masih dipinjamkan usia
Pada setiap nafas yang ku hela
Biarkan bahagia menjalin setia
Selama mana pun mahunya

Mensyukuri apa jua
Kerna angka tiga puluh lima
Yang telah kususuri sebahagiannya
Adalah pengalaman penuh makna
Menjadikan aku insan punya sejuta cerita

HakCipta: Rozie Abdul Razak

Anugerah Khas daripada SitiZoners

- Gambar dan artikel kredit: http://www.sitizone.com . Terima kasih semua Sitizoners!

Post a Comment

1 Comments