Nine Inch Nails Gegar Singapura


Nine Inch Nails – Live In Singapore
Tarikh:
10 Ogos
Masa: 8.30 mlm
Lokasi: Fort Canning Park, Singapura
Masuk: S$79 (tiket pre-sale, terhad) dan S$99. Layari tdc.sg ataupun lamcproductions.com untuk membeli tiket secara online. Boleh juga menelefon (65) 6296 2929 untuk maklumat lanjut.
Kata GUA: Pelopor ‘industrial rock’ legenda NIN ataupun Nine Inch Nails tidak perlu diperkenalkan lagi. Diterajui ketuanya yang berkarisma, Trent Reznor, NIN pernah memenangi anugerah Grammy pada zaman 90-an dan masih aktif setaraf dengan artis rock dunia yang hebat seperti Radiohead, Bjork, Marilyn Manson dan U2. Tiba akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu buat peminat setia Trent dan NIN yang mengibar bendera di Singapura untuk memukau peminat-peminat rock dan muzik berat. Buat fans NIN se-Malaysia, jangan ketinggalan peluang sekali dalam seumur hidup ini!

Baybeats 09 @ Esplanade Singapore
Tarikh:
27-29 Ogos
Masa: sepanjang hari (sila rujuk baybeats.com.sg untuk jadual semua persembahan).
Lokasi: Esplanade By-The-Bay, Esplanade Theatre, Singapura
Masuk: Percuma
Kata GUA: Festival indie serantau terbesar kembali untuk edisi 2009 dengan membariskan puluhan band-band indie, alternatif dan punk pelbagai genre, saiz dan rupa. Kontingen Malaysia tahun ini diwakili oleh Love Me Butch, Estranged dan Silent Scenery. Manakala tarikan dari US, UK dan Australia kali ini merupakan pelopor emo-rock Amerika, Anberlin; Ally Kerr dari UK, penyanyi folk alternatif yang menarik; serta juga Calerway, kumpulan pop-punk Aussie yang terkemuka. Selama tiga hari, peminat muzik di Malaysia dapat menemui rakan sekepala dari seluruh pelosok rantau ini sambil menikmati suasana muzik alternatif sebenar di antara lokasi tercantik di Asia Tenggara.

Post a Comment

0 Comments