Melihatkan penampilan Noryn Aziz yang semakin langsing dan menawan, pasti ramai wanita di luar sana yang mencemburinya. Maklumlah, bukan mudah mengekalkan bentuk badan menawan apabila usia mencecah 30-an.
Malah, ada yang bersenam saban hari pun masih tidak dapat bentuk badan yang diidamkan. Menahan selera makan? Itu jangan cerita. Ini perkara biasa kerana ramai wanita di luar sana sanggup melakukan apa sahaja untuk tampil langsing.
Kecewa dengan situasi ini? Jangan cepat mengalah. Ini ada berita baik untuk anda yang ingin langsing dengan mudah. Tidak perlu berlapar, bersenam mahupun menjalani pembedahan. Apa yang perlu anda lakukan ialah menjalani rawatan pelangsingan badan di Marie France Bodyline seperti yang dilakukan oleh Noryn.
Kini Marie France Bodyline telah memperkenalkan satu rawatan baru yang cukup efektif untuk memecahkan lemak dan sekaligus menegangkan kulit. Rawatan yang dikenali sebagai Terapi Liposonik ini adalah inovasi unik, tidak renyah dan tanpa kesakitan ke atas lemak tisu di bawah kulit dan selulit di sekitar kawasan seperti perut, depan dan belakang paha, pinggul, punggung serta lengan dengan menggunakan teknik ultrasound berfrekuensi rendah.
Jangan risau, tiada sebarang kesan sampingan yang merbahaya. Kalau ada, pasti Noryn enggan menjadi duta atau jurucakap kepada pusat pelangsingan ini. Bercerita tentang pengalaman Noryn menjalani rawatan Terapi Liposonic ini, dia memberitahu yang dia amat gembira dengan kesan rawatan ini dan bercadang untuk menjadikannya sebagai program mengekalkan berat badan yang rutin untuk dirinya.
“Terapi Liposonik ini memang bagus kerana selain daripada memecahkan lemak dan menegangkan kulit ia juga meningkatkan metabolisme badan. Saya suka dengan rawatan ini kerana saya tidak perlu terlalu mengawal selera makan. Saya akan makan apa sahaja makanan yang saya gemari tetapi tidaklah dalam jumlah yang banyak. Antara kebaikan rawatan ini ialah hasilnya boleh dilihat walaupun baru pertama kali dirawat. Selain itu, ia juga tahan sehingga 72 jam.
“Sebenarnya untuk mendapatkan bentuk badan begini saya bukan sahaja melakukan Terapi Liposonik, tetapi saya juga mengikuti satu program pelangsingan khusus termasuk Marie France Bodyline’s Body Tech™ Perfectionist System yang digunakan untuk melangsing dan membentuk kembali tubuh badan sehingga saya memiliki bentuk badan yang diidamkan,” cerita Noryn berkongsi pengalaman.
Menurut Noryn lagi, setelah hampir enam bulan menjalani rawatan, dia kini tampil lebih yakin dengan berat badan 46 kilogram. Ini kerana dia sudah boleh menyarungkan apa sahaja fesyen baju yang digemari. Sebelum ini Noryn mempunyai berat badan 56 kilogram.
Info Terapi Liposonik
Terapi Liposonik MF gelombang frekuensi rendah 50kHz digunakan bagi menghasilkan kesan liposonik di mana gelombang tenaga tinggi itu menghasilkan gelembung wap halus dalam cecair tisu. Gelembung ultrasobik ini secara berkesan mencairkan lemak dengan menyingkirkan asid-asid lemak dari sel lemak di bawah kulit.
Kesan Liposonik (40kHz)
- Kesan liposonik berlaku apabila cecair menjadi subjek kepada tahap bunyi yang tinggi atau ultrasound (frekuensi antara 20kHz ke 10 MHz).
- Apabila bunyi melalui cecair itu, ia menghasilkan formasi, pertumbuhan dan pertukaran tahap mampat gelembung mikro.
- Mencetuskan ‘Gelombang Ultrasonik’ yang mempunyai tahap tenaga tinggi.
- Selepas ia berlaku, asid lemak akan terurai ke dalam aliran darah.
- Lemak ini akan disalurkan ke hati dan ia akan dimetabolismekan.
- Lemak ini juga akan dihapuskan menerusi sistem perkumuhan dan limpatik.
- Gelombang liposonik amat tepat ke sasaran yang dikehendaki iaitu tisu lemak di bawah kulit. Tiada tisu lain akan terjejas serta tidak memudaratkan salur darah, saraf atau organ lain.
Kesan serta-merta
- Kulit berasa lebih panas dan kemerah-merahan
- Kulit berasa lebih tegang
- Aktiviti pemecahan lemak berlarutan sehingga 72 jam
0 Comments