
Tahniah GUA ucapkan pada Rusdi Ramli dan isteri Sharon Paul atas kehadiran orang baru di dalam rumahtangga mereka. Selamat dilahirkan pada awal pagi 4 Ogos lalu, anak sulung mereka diberikan nama Reo Ridza Ramli.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini - Reo Ridza permata Rusdi, Sharon - Rusdi menjelaskan nama Reo, yang bermaksud sungai dalam bahasa Portugis, telah datang kepada isterinya dalam mimpi. Sementara Ridza yang juga nama terakhir anak terunanya, Efiezal dari perkahwinan pertama, dipilih untuk menandakan mereka adalah anak Rusdi Ramli.
0 Comments