Habib Jewels Penyeri Perkahwinan Anak Chef Wan, Serina

Habib Jewels bukan saja menaja barangan kemas untuk acara akad nikah malah turut melengkapi persalinan bersanding dan acara potong kek dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta.

Menurut Pengurus Pemasaran Habib Jewels, Yasheedah Yashaiya, kesemua koleksi yang bakal digayakan Serina adalah koleksi terbaru Habib.

“Serina bakal mengayakan koleksi terbaru yang mana rekaan-rekaan tersebut adalah koleksi tahun baru dan ia sangat bertepatan dengan majlis perkahwinan Serina yang dilangsungkan sempena pembukaan tahun 2010.

“Kami memilih perkahwinan Serina memandangkan Serina merupakan pelakon terkenal dan anak kepada selebriti dunia, Chef Wan, selain perkahwinan mereka juga mendapat liputan media luar negara.

“Selain Serina, Gavin dan Chef Wan turut ditaja pada majlis yang sama, Gavin bakal mengenakan butang pada baju melayu dan rantai, manakala Chef Wan akan mengayakan butang dan cincin rekaan terbaru,” kata Yasheeda.

Serina dan Gavin akan bernikah pada 1 Januari ini di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin RM1,000.

Pihak perempuan akan menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran sebanyak RM30,000 manakala pihak lelaki akan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.






Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat Pengantin Baru buat Serina and bakal suami......ermmm..handsome orgnyer..huhuhu

    HOPE TO SEE YOU WITH CHILDREN SOON !!

    salam drpd peminat chef wan !!!!!

    ReplyDelete
  2. Selamat melayari bahtera perkahwinan Serina !!!!!!!!

    Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa..

    Fulamak..Dapat tajaan drpd Habib Jewels tuh !!!!!!!

    huhuhu..anyway, handsome bet0llah suami serina niehh..Beruntung sungguh Serina....!!!!!!!

    ReplyDelete