Memey mahu tamatkan kontroversi - tp dia yang mulakan

Menjelang tahun 2010 ini, Memey berharap boleh keluar daripada label sedemikian dan apa yang penting, kata gadis kelahiran Johor ini, dia tidak mahu lagi terlalu membicarakan tentang kisah peribadinya, terutama tentang hubungan cintanya dengan pelakon, Norman Hakim. Ujar Memey, dia tidak mahu orang terus meletakkan tanggapan yang salah terhadap dirinya. Contoh terbaik ialah gambar-gambar mesra pelakon ini bersama anak-anak Norman yang tersebar di internet baru-baru ini, yang mana membuatkan banyak pihak terus 'mengecam' Memey.

Gambar yang dimasukkan sendiri oleh Memey di laman web Facebook itu hanyalah sekadar untuk simpanannya, tetapi 'dicuri' dan disebarkan di internet dengan diselitkan pelbagai cercaan terhadap dirinya dan Norman.

"Apa yang saya perasan, orang suka mencari silap saya, terutamanya di internet yang selalu wujudkan macam-macam isu tentang saya. Selepas kontroversi dulu, saya memang sentiasa berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk saya.
"Apa yang pasti, dengan kedatangan tahun baru nanti, saya mengharapkan ia akan menjadi satu permulaan yang baik dan hidup saya juga akan lebih stabil. Sudah-sudahlah kontroversi...Saya ingin lupakan semuanya dan mulakan kehidupan yang baru," kata Memey.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ntahlah apa nk jadi ngan dunia nie....Sekejap nk bercerai, sekejap nk kahwin..hhmmpphh..malas nk citer panjang.....

    ReplyDelete
  2. Kalau nk kahwin tuh kahwin jer la..Tak pyh berlindung lagi..Dengan gambar2 mesra alam Memey ngan Norman dh jelas sangat indah kalau dikongsi waktu bersama-sama..

    ReplyDelete